Home Start Back Next End
  
41
Kepentingannya adalah ia merupakan perantaraan daripada bijih besi
kepada besi tuang dan besi waja.
Besi tuang (Cast iron) mengandungi 2% – 3.5% karbon dan sejumlah
kecilmangan. Bendasing yang terdapat di dalam besi mentah yang
dapat memberikan kesan buruk kepada sifat bahan, seperti belerang
dan fosforus, telah dikurangkan kepada tahap boleh diterima. Ia
mempunyai takat lebur pada julat 1420–1470 K, yang lebih rendah
berbanding dua komponen utamanya, dan menjadikannya hasil
pertama yang melebur apabila karbon dan besi dipanaskan serentak.
Sifat mekanikalnya berubah-ubah, bergantung kepada bentuk karbon
yang diterap ke dalam aloi. Besi tuang 'putih' mengandungi karbon
dalam bentuk cementite, atau besi karbida. 
Besi karbon mengandung antara 0.5% dan 1.5% karbon, dengan
sejumlah kecil mangan, belerang, fosforus, dan silikon.
Besi tempa (Wrought iron) mengandung kurang daripada 0.5%
karbon. Ia keras, mudah lentur, dan tidak mudah dilakurkan
berbanding dengan besi mentah. Ia mempunyai sejumlah kecil
karbon, beberapa persepuluh peratus. Jika ditajamkan menjadi tirus, ia
cepat kehilangan ketajamannya.
Besi aloi (Alloy steel) mengandungi kandungan karbon yang berubah-
ubah dan juga logam-logam lain, seperti kromium, vanadium,
molibdenum, 
nikel, tungsten dsb. 
Besi oksida (III) digunakan dalam penghasilan storan magnetik dalam
komputer. Ia sering dicampurkan dengan bahan lain, dan
mengekalkan ciri-ciri mereka dalam larutan.
C.3 Hasil Pengolahan Besi
BesiKasar
Besi cair yang keluar dari dasar tanur disebut dengan besi kasar (pig
iron). Besi kasar mengandung 95% besi, 34% karbon, sisanya berupa
fosfor, silikon dan mangan.
Besi Tuang (cast iron) atau Besi Cor
Word to PDF Converter | Word to HTML Converter